INFAQ PENDIDIKAN
This campaign will end on December 31, 2026
Target Amount
RM 500,000.00
273 day(s) left
🌟 INFAQ PENDIDIKAN – BERSAMA KITA BINA MASA DEPAN ANAK-ANAK
PIBG SK Tanjung Puteri Resort kini dalam usaha meningkatkan kemudahan dan pembangunan sekolah demi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, kondusif dan berkualiti untuk semua murid.
Bagi menjayakan misi ini, kami membuka peluang infaq pendidikan bagi menampung beberapa keperluan utama:
🔧 Keperluan Infaq:
- Pembaikan pagar sekolah demi keselamatan murid.
- Pendawaian elektrik bangunan sekolah bagi memastikan fasiliti elektrik lebih stabil dan selamat.
- Pembinaan tambahan kawasan kantin supaya lebih selesa dan dapat menampung jumlah murid yang ramai.
🎯 Sasaran Kutipan
Anggaran keperluan keseluruhan bagi projek pembangunan ini adalah RM500,000.
🤝 Mengapa Infaq Anda Penting?
Setiap sumbangan — besar atau kecil — membantu memastikan anak-anak kita belajar dalam suasana yang terbaik. Infaq anda adalah pelaburan jangka panjang untuk generasi akan datang.
🌱 Jom Bersama Jayakan Usaha Ini
Ayuh bersama-sama menyokong aspirasi PIBG SK Tanjung Puteri Resort untuk membina prasarana yang lebih baik serta memperkukuh pembangunan akademik murid.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi:
📞 Shah (YDP) – 018-778 2898
📞 Seri (NYDP) – 010-703 5065
Please fill in all required details