Sumbangan PIBG 2026
Sumbangan PIBG SK Taman Skudai Baru 2026
Bagi memudahkan urusan pembayaran, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru kini menggunakan platform Herepay sebagai kaedah pembayaran sumbangan secara dalam talian. Resit pembayaran akan dikeluarkan secara automatik setelah pembayaran berjaya dilakukan.
Jumlah sumbangan PIBG bagi tahun 2026 adalah sebanyak RM 70.00 bagi setiap keluarga.
Sumbangan dan sokongan daripada tuan/puan amat dihargai bagi membantu PIBG terus memainkan peranan dalam meningkatkan kualiti persekitaran pembelajaran serta pembangunan murid SK Taman Skudai Baru.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua ibu bapa.
⸻
Nota tambahan: Anda juga dialu-alukan untuk menyumbang “Tips” (PILIHAN) sekiranya ingin melakukan sumbangan tambahan umum selain Kutipan Sumbangan PIBG Tahunan tahun 2026. Jumlah tips ini akan dikongsi sama rata antara PIBG & penyedia platform (Herepay).
Tips yang diberikan dapat memberi nilai tambah kewangan kepada PIBG & kelangsungan platform.
Please fill in all required details